Tuesday, October 9

hari yang gelap..

hari ini terasa amat gelap.. bukan sebab malam, bukan sebab hari nak hujan.. tetapi terasa pilu dalam hati..

pertama kali mata saya bertembung matanya, saya sudah terasa kesedihan dalam matanya tetapi mukanya nenunjukkan ketabahan yang disengajakan..
apabila saya mula berbual dengannya, suaranya sungguh tidak bermaya tetapi wajahnya masih sanggup bersenyum semasa menjawab soalan-soalan saya..

"akak tidak pernah mengalami apa-apa tanda, hanya sakit perut sejak 2 bulan lalu.. 2 hari lepas, tiba-tiba darah mengalir keluar hingga basah 1 sarung..! Jadi suami bawa ke hospital.."
.
.
semakin saya mengetahui ceritanya, semakin saya faham kesedihan yang dialaminya..
.
.
"sebenarnya.. akak dah mengandung 14 minggu.."
"doktor kata scan menunjukkan akak tak gugur dengan habis, masih ada yang tertinggal di dalam rahim, kena cuci.."
.
.
apabila saya mendengar kata-kata ini, saya terpegun seketika, tidak tahu bagaimana hendak sambung dengan temubual ini.. tapi, saya teruskan juga hingga selesai..
selepas saya pergi dari katil akak itu, senyuman pada mukanya hilang, matanya memandang jauh ke langit.. mungkin tengah berfikir tentang anaknya yang tiada peluang untuk melihat dunia ini..

No comments: